Friday, September 16, 2016

TangYuan


Video ini menunjukkan proses-proses yang terperinci dalam pembuatan manisan iaitu TangYuan. Proses yang perlu diperhatikan adalah ketika merebus bebola, apabila bebola telah masak dan timbul di permukaan air, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar lalu dihidangkan dalam mangkuk berisi air syrup. Langkah ini bertujuan untuk menyejukkan bebola dan supaya tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.

Untuk resipi TangYuan tanpa isi,sila tekan SINI .

ZongZi


Proses menyediakan ZongZi menggunakan masa yang lebih panjang. Daun buluh yang digunakan untuk membalut pulut hendaklah direbus selama 5 minit supaya daun menjadi lembut dan senang dilipat nanti. Selain itu, ketika proses mengikat pulut, janganlah mengikatnya terlalu ketat kerana pulut akan kembang sedikit apabila dimasak.

Untuk resepinya, sila tekan SINI.

Kuih Bakul


Kuih bakul gemar dimakan bersama-sama dengan ubi atau keledek. Kuih ini dapat tahan disimpan lama sehingga berbulan-bulan kerana keadaan kuih yang kental dan kenyal. Dalam proses pembuatan, pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus ialah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.

Untuk resepinya, sila tekan SINI.

Ayam Tandoori

Ayam Tandoori sesuai dimakan bersama roti naan atau nasi. Semasa memerapkan ayam, perapkanlah ayam di dalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. Dengan warna ayam yang cantik dan rasa yang sedap lagi harum akan membuatkan anda menjilat jari-jemari.

Untuk resepinya, sila tekan SINI.

Putu Mayam

Putu Mayam merupakan juadah sarapan yang biasa kita lihat, beli dan nikmatinya. Putu Mayam sesuai dihidangkan bersama kelapa parut putih dan gula tanjung, "sothi" atau lauk kari yang lain. Alat penekan tepung murukku boleh digunakan mengikut saiz yang diperlukan.

Untuk resepinya, sila tekan SINI.

Thursday, September 15, 2016

Asam Pedas Ikan Pari


Apabila memasak Asam Pedas Ikan Pari, keseimbangan rasa amat dititikberatkan, rasa pedas, masam, manis, dan aroma daripada herba iaitu daun kesom atau bunga kantan. Daun kesom atau daun kantan adalah untuk menambahkan keharuman asam pedas.

Untuk resepinya, sila tekan SINI .


Sate


Terdapat beberapa jenis bumbu sate seperti sate bumbu kacang, sate bumbu kecap, sate bumbu santan dan lain-lain lagi. Rasa sate yang enak serta bahan yang mudah ditemui di pasaran merupakan faktor sate menjadi makanan kegemaran anak-anak sehingga orang dewasa. 

Untuk resepinya, sila tekan SINI.




Tuesday, September 13, 2016

Makanan Tradisional Negeri Sabah


  1.  Hinava
   

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan

2.Ambuyat

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan Wilayah Persekutuan Labuan  dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

3.Berobok

Berobok (Nasi Bubur Jagung) juga dikenali sebagai Barobbo, merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Barobbo merupakan sejenis bubur yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti jagung, ayam dan sayur-sayuran. Berobok sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sarapan pagi dan minum petang. Bagi mereka yang ingin mencuba makanan ini boleh mendapat di bahagian pantai timur Sabah terutamanya Bandar Tawau.

4.Kuih Cincin


Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan istimewa bagi kaum di Sabah. Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka.Adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Kuih ini kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup.

5.Kuih Jala


Jala merupakan kuih tradisional dari Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Brunei. Di Sarawak, kuih ini dikenali sebagai snek tradisional untuk orang Iban. Kuih Jala adalah sangat berbeza daripada roti jala di Semenanjung Malaysia.

6.Kuih Makmur


Kuih Makmur atau di sesetengah tempat di Malaysia dinamakan biskut mor. Kuih ini sangat popular di Sabah. Boleh dikatakan hampir setiap rumah mesti ada biskut ini semasa hari raya atau kadang-kadang di majlis perkahwinan biskut ini akan dihidangkan sebagai  pencuci mulut.

7.Kuih Kelupis


Kelupis merupakan sejenis kuih tradisional di Brunei, Sabah dan Sarawak. Kuih Kelupis ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain. Kuih Kelupis dibuat dari beras pulut dan santan yang dibungkus dalam daun Nyirik. Kuih ini kemudiannya direbus dalam santan.Kuih Kelupis kemudiannya boleh dihidang bersama kari ayam/daging, rendang, sambal dan lain-lain lagi.

8.Pinasakan Sada


Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah. Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

9.Noonsom


Noonsom  merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah atau lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

10.Kuih Kacipo


Kuih kacipo hampir mirip dengan onde-onde, berbentuk bulat dan kecil namun ada kuih kacipo yang berbentuk panjang.


Makanan Tradisional Negeri Sarawak


1. Laksa Sarawak


Laksa Sarawak merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak sangat berbeza dengan laksa-laksa lain di Semenanjung.Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.

2. Mee kolok


Mee kolok merupakan mee yang popular di Sarawak.Mee ini juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap.Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

3. Mee dawai


Mee dawai merupakan mee yang banyak terdapat di Kuching. Penduduk di Sarawak sendiri sangat menggemari mee dawai ini walaupun tidak ramai penduduk luar Sarawak yang tahu mee ini. Mee dawai rasanya keras dan rangup. Rasanya amat berbeza dengan rasa mee yang lain.

4. Umai

Umai  merupakan makanan kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk Sarawak menggemari umai. Umai ini merupakan makanan mentah. Biasanya menggunakan ikan atau udang.Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Umai juga dicampur dengan bahan perasa yang lain.Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

5. Kek Lapis Sarawak


Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek ini sering dibakar untuk perayaan agama atau kebudayaan seperti Eid ul-Fitr, Krismas, Deepavali, hari jadi dan majlis perkahwinan. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak.Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Kek lapis Sarawak menjadi pilihan pelancong apabila datang ke Sarawak.

6. Manok pansoh


Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak. Manok pansoh adalah  ayam yang dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu. Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh.


7.Tebaloi


Tebaloi merupakan salah satu makanan ringan tradisional Sarawak. Tebaloi telah diproses dalam pelbagai rasa serta diproses secara tradisional. Tebaloi dibuat oleh tepung sagu, kelapa parut segar dan gula. Adunan tadi di bakar diletakkan atas daun pisang. Perisa Tebaloi boleh di dapati dalam rasa stawberri, coklat, pandan dan rasa biasa. Pembungkusan dan pembahagian yang menarik telah diperkenalkan untuk menarik minat pengemar makanan tersebut.


8. Ikan Terubuk


Ikan Terubuk Sarawak merupakan salah satu produk terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak.Para pelancong terutamanya dari Semenanjun pasti akan membelinya sebagai ole-ole sebelum meninggalkan Kuching kerana Ikan Terubuk amat menyelerakan apabila digoreng dan dicecah kuah asam. Ikan ini sangat sedap kalau dimakan dengan nasi yang panas-panas. Walaupun ikan terubuk mempunyai tulang yang banyak tetapi digemari oleh banyak orang.




Wednesday, September 7, 2016

Makanan Tradisional Kaum Cina


1. Yee Sang

Image result for yee sang

Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.


2. Kuih Bakul

Image result for kuih bakul


Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Secara tradisi, kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan  (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

3. Zongzi


Image result for dumpling festival


Zongzi ialah makanan tradisional Cina yang diperbuat daripada beras pulut disumbat dengan inti yang berbeza dan dibungkus dalam buluh atau daun lain-lain. Makanan ini dimasak dengan cara mengukus atau mendidih. Di negara barat, Zongzi dikenali sebagai ladu beras, atau ladu pulut.


4.TangYuan




Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tangyuan dimakan ketika perayaan Chap Goh Meh iaitu hari  terakhir Tahun Baru Cina.

5.Kuih Bulan


Kuih bulan ialah kuih tradisional Cina. Kuih ini dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta tersebut adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta.

6.JiaoZi
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan Jiaozi yang merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika meraikan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya ke Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah berlalu dan tahun baru telah tiba.

7.Dim Sum


Dim Sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas dan dihidang bersama teh Cina.Hidangan dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.

8.Yi Mien


Yi mein ialah mi telur Kantonis yang diperbuat daripada tepung gandum. Mi ini terkenal dengan warna kuning keemasan dan kekenyalan yang merupakan ciri-ciri istimewanya. Tekstur sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah disebabkan oleh air soda yang digunakan dalam membuat doh dan kemudian digoreng serta dikeringkan.Apabila Yi mein dimakan pada Hari Jadi, Mi ini biasanya dirujuk sebagai mi Longevity atau Sau mein (寿面). Perkataan Cina untuk "panjang" (长寿面) juga ditambah sebagai awalan untuk mewakili "sepanjang hayat".

Makanan Tradisional Kaum India


1.Murukku



Murukku berasal dari negara India. Murukku juga dikenali sebagai chakli dan chakri. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

2.Roti Canai


Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak dan diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

3.Nasi beriani


Nasi beriani berasal dari India. Makanan tersebut bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh semua kaum di negara ini. Nasi beriani gam dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. 

4.Putu Mayam


Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan semua bangsa. Makanan tersebut terutama dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek. Putu mayam boleh dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula Melaka atau guna nisan. 

5.Kari


Kari merupakan makanan tradisi masyarakat India yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia ,Thailand dan sebagainya. Makanan yang sedap itu telah menjadi makanan ruji di kalangan orang Melayu dan orang Cina. Biasanya menggunakan serbuk kari yang kaya dengan kunyit, santan, bawang merah, halia, belacan, cili, dan bawang putih, dengan asam Jawa juga sering dipergunakan untuk memasak kari. Rendang ialah lagi satu bentuk kari yang dimakan di Malaysia dan merupakan versi yang lebih kering berbanding dengan kari-kari Malaysia yang biasa. 


6.Idli



Idli adalah kek sedap yang popular di seluruh India. Idli dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Kek biasanya 4-5 inci diameter dan dibuat oleh mengukus adunan yang terdiri daripada lentil hitam ditapai (de-husked) dan beras. Idli mempunyai banyak jenis seperti sanna, rave atau sambar idli.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.


7. Ayam Tandoori



Ayam Tandoori adalah makanan India yang terkenal di seluruh dunia. Ayam tersebut juga dikenal sebagai Tandoori Murgh. Perpaduan antara ayam, bumbu, yoghurt dan berbagai rempah-rempah membuat masakan india yang satu ini di akui dunia untuk kelezatannya. Ayam Tandoori adalah salah satu hidangan India yang paling mudah untuk dimasak, sehingga makanan ini menjadi sangat popular di kalangan ibu rumah tangga.

8. Vadai


Vadai adalah istilah umum untuk pelbagai jenis makanan ringan goreng sedap dari India dan dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai sangat sesuai sebagai sarapan pagi atau snek.


9.Momo


Momo ialah makanan india yang terkenal dan dimakan bersama dengan kari chutney.Momo sama dengan Baozi Cina dan Jiaozi, Mongolia buuz, gyoza Jepun dan mandu Korea. Makanan tersebut juga sebagai cemilan di sore hari yang istimewa.  Terdapat beberapa isi yang berbeza seperti isi daging kambing, daging lembu, kentang, sayur-sayuran dan keju.

10.Naan


Naan adalah roti tradisional India yang dibuat dengan ragi, biasanya disajikan dalam setiap makan malam sebagai pengganti nasi. Naan dimasak di dalam ketuhar tanah liat atau Tandoor.Roti tersebut juga boleh dibuat dalam oven moden.Roti ini biasanya disajikan bersama dengan dengan ayam Tandoori, Palak Paneer, ataupun dimakan tanpa tambahan apa-apa. Naan sangat boleh mengenyangkan perut lapar.








Sunday, September 4, 2016

Makanan Tradisional Kaum Melayu


1.Nasi Lemak

Image result for nasi lemak



Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama nasi lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal.

2.Nasi Kandar

Image result for nasi kandar

  Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Nasi kandar merupakan  satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
   
   3.Lemang

Image result for lemang


Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

4.Otak-otak

Image result for otak-otak

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan semasa jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya, otak-otak dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Makanan tersebut yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang.


5.Sate

Image result for sate

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Sate juga dihidang dengan bawang merah dan timun.


6.  Apom Balik

Image result for apam balik

Apom balik juga dikenali sebagai murtabak manis dan terang bulan merupakan sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Makanan ini merupakan sejenis kuih apom berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini, terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi.


7.Kuih Bahulu

Image result for kuih bahulu

Kuih bahulu merupakan kuih tradisional yang sudah lama terkenal di Malaysia. Kuih Bahulu telah menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.


8.Asam Pedas


Image result for asam pedas


Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia, terkenal di Melaka dan Johor. Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup , serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.
Happy Apple