Pengenalan

Image result for malaysia traditional foodPengenalan







Blog ini bertemakan pelbagai jenis makanan di Malaysia. 

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Antara tiga kaum terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India.  

Aspek tersebut telah menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang unik. Makanan-makanan Malaysia pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Ini seterusnya turut dapat mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. 

Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan hubuangan silaturahim dan memperkukuh perpaduan antara satu sama lain. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya dimakan oleh kaum Melayu, tosei, capati dan roti nan bukan sahaja untuk kaum India, yong tau fu dan char kuey teow bukan hanya dimakan oleh kaum Cina, tetapi tanpa mengira bangsa dan kaum, makanan ini dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Akhirulkalam, kepelbagaian kaum telahpun mengembangkan pemakanan di Malaysia, menjadi sebuah tarikan kepada pelancong asing, malahan makanan tradisi kaum turut mempengaruhi perpaduan di negara ini. 


(Untuk pengetahuan yang lebih lanjut sila tekan SINI.) 






2 comments:

Happy Apple