Makanan Tradisional Masyarakat Cina
1. Yee Sang


Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
2. Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Secara tradisi, kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高(gāo) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
3. Zongzi
Zongzi ialah makanan tradisional Cina yang diperbuat daripada beras pulut disumbat dengan inti yang berbeza dan dibungkus dalam buluh atau daun lain-lain. Makanan ini dimasak dengan cara mengukus atau mendidih. Di negara barat, Zongzi dikenali sebagai ladu beras, atau ladu pulut.
4.TangYuan
Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tangyuan dimakan ketika perayaan Chap Goh Meh iaitu hari terakhir Tahun Baru Cina.
5.Kuih Bulan
Kuih bulan ialah kuih tradisional Cina. Kuih ini dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta tersebut adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta.
6.JiaoZi
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan Jiaozi yang merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika meraikan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya ke Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah berlalu dan tahun baru telah tiba.
7.Dim Sum
Dim Sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas dan dihidang bersama teh Cina.Hidangan dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.
8.Yi Mien
Yi mein ialah mi telur Kantonis yang diperbuat daripada tepung gandum. Mi ini terkenal dengan warna kuning keemasan dan kekenyalan yang merupakan ciri-ciri istimewanya. Tekstur sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah disebabkan oleh air soda yang digunakan dalam membuat doh dan kemudian digoreng serta dikeringkan.Apabila Yi mein dimakan pada Hari Jadi, Mi ini biasanya dirujuk sebagai mi Longevity atau Sau mein (寿面). Perkataan Cina untuk "panjang" (长寿面) juga ditambah sebagai awalan untuk mewakili "sepanjang hayat".
Tengok gambar pun sudah lapar! Terima kasih! 🙆😚
ReplyDeletesama-sama :D
DeletePengaturan maklumat yang teratur dan senang dibaca.
ReplyDeleteterima kasih~ kami akan lebih berusaha lagi :DDD
DeleteMaklumat diatas jelas dan mudah difahami !
ReplyDeleteterima kasihh~ :DD
DeleteTerima kasih ! kerana saya dapat lebih mengenali makanan kaum-kaum !
ReplyDeletesama-sama :DD
DeleteTerima kasih, post ini amat berguna kepada saya.
ReplyDeletesama-sama xDD
Delete