1.Murukku
Murukku berasal dari negara India. Murukku juga dikenali
sebagai chakli dan chakri. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku
adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.Muruku
telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
2.Roti Canai
2.Roti Canai
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah
makanan kegemaran kaum India. Roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama
dengan nasi lemak dan diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati
yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk
penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama
dal, kari dan sambal.
3.Nasi beriani
Nasi beriani berasal dari India. Makanan tersebut bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh semua kaum di negara ini. Nasi beriani gam dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan
doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di
sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan
aroma dan tekstur nasi.
4.Putu Mayam
Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah
mendapat sambutan semua bangsa. Makanan tersebut terutama dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,
Malaysia dan Singapura sebagai snek. Putu mayam boleh dihidangkan
bersama kelapa parut dan gula perang atau gula Melaka atau guna nisan.
5.Kari
Kari
merupakan makanan tradisi masyarakat India yang terkenal di Bangladesh, India,
Sri Lanka, Indonesia, Malaysia ,Thailand dan sebagainya. Makanan yang sedap itu telah menjadi
makanan ruji di kalangan orang Melayu dan orang Cina. Biasanya
menggunakan serbuk kari yang kaya dengan kunyit, santan, bawang merah, halia,
belacan, cili, dan bawang putih, dengan asam Jawa juga sering dipergunakan
untuk memasak kari. Rendang ialah lagi satu bentuk kari yang dimakan di
Malaysia dan merupakan versi yang lebih kering berbanding dengan kari-kari
Malaysia yang biasa.
6.Idli
Idli
adalah kek sedap yang popular di seluruh India. Idli dimakan sebagai sarapan pagi
ataupun sebagai makanan ringan. Kek biasanya 4-5 inci diameter dan dibuat oleh
mengukus adunan yang terdiri daripada lentil hitam ditapai (de-husked) dan
beras. Idli mempunyai banyak jenis seperti sanna, rave atau sambar idli.Bahan
utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
7.
Ayam
Tandoori
Ayam
Tandoori adalah makanan India yang terkenal di seluruh dunia. Ayam tersebut juga dikenal
sebagai Tandoori Murgh. Perpaduan antara ayam, bumbu, yoghurt dan berbagai
rempah-rempah membuat masakan india yang satu ini di akui dunia untuk
kelezatannya. Ayam Tandoori adalah salah satu hidangan India yang paling mudah
untuk dimasak, sehingga makanan ini menjadi sangat popular di kalangan ibu
rumah tangga.
8. Vadai
Vadai adalah istilah umum untuk pelbagai jenis makanan
ringan goreng sedap dari India dan dimakan bersama chutney atau kuah kari.
Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang.
Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan
lubang di tengah. Vadai sangat sesuai sebagai sarapan pagi atau snek.
9.Momo
Momo ialah makanan india yang terkenal dan dimakan
bersama dengan kari chutney.Momo sama dengan Baozi Cina dan Jiaozi, Mongolia
buuz, gyoza Jepun dan mandu Korea. Makanan tersebut juga sebagai cemilan di
sore hari yang istimewa. Terdapat
beberapa isi yang berbeza seperti isi daging kambing, daging lembu, kentang,
sayur-sayuran dan keju.
10.Naan
Naan
adalah roti tradisional India yang dibuat dengan ragi, biasanya disajikan dalam
setiap makan malam sebagai pengganti nasi. Naan dimasak di dalam ketuhar tanah
liat atau Tandoor.Roti tersebut juga boleh dibuat dalam oven moden.Roti ini biasanya
disajikan bersama dengan dengan ayam Tandoori, Palak Paneer, ataupun dimakan
tanpa tambahan apa-apa. Naan sangat boleh mengenyangkan perut lapar.
No comments:
Post a Comment