Etnik Sabah

Makanan Tradisional

Negeri Sabah



 1.  Hinava
   


Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan


2.Ambuyat

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan Wilayah Persekutuan Labuan  dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.


3.Berobok


Berobok (Nasi Bubur Jagung) juga dikenali sebagai Barobbo, merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Barobbo merupakan sejenis bubur yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti jagung, ayam dan sayur-sayuran. Berobok sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sarapan pagi dan minum petang. Bagi mereka yang ingin mencuba makanan ini boleh mendapat di bahagian pantai timur Sabah terutamanya Bandar Tawau.


4.Kuih Cincin


Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan istimewa bagi kaum di Sabah. Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka.Adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Kuih ini kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup.


5.Kuih Jala



Jala merupakan kuih tradisional dari Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Brunei. Di Sarawak, kuih ini dikenali sebagai snek tradisional untuk orang Iban. Kuih Jala adalah sangat berbeza daripada roti jala di Semenanjung Malaysia.


6.Kuih Makmur


Kuih Makmur atau di sesetengah tempat di Malaysia dinamakan biskut mor. Kuih ini sangat popular di Sabah. Boleh dikatakan hampir setiap rumah mesti ada biskut ini semasa hari raya atau kadang-kadang di majlis perkahwinan biskut ini akan dihidangkan sebagai  pencuci mulut.


7.Kuih Kelupis


Kelupis merupakan sejenis kuih tradisional di Brunei, Sabah dan Sarawak. Kuih Kelupis ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain. Kuih Kelupis dibuat dari beras pulut dan santan yang dibungkus dalam daun Nyirik. Kuih ini kemudiannya direbus dalam santan.Kuih Kelupis kemudiannya boleh dihidang bersama kari ayam/daging, rendang, sambal dan lain-lain lagi.


8.Pinasakan Sada


Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah. Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.


9.Noonsom


Noonsom  merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah atau lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).


10.Kuih Kacipo



Kuih kacipo hampir mirip dengan onde-onde, berbentuk bulat dan kecil namun ada kuih kacipo yang berbentuk panjang.

5 comments:

  1. Sebelum saya melayari blog ini, saya makan tanpa tau nama makanan tersebut 😂 Sekarang barulah saya tau~ ini memang memudahkan saya order makanan lain kali 😝 Terima kasih! ☺️💕👏🏻

    ReplyDelete
  2. Wow , saya lansung tak mengenali makanan-makanan dlm post ini , good job.

    ReplyDelete
  3. Kuih Kacipo ni kuih tradisi org Bugis.. banyak terdapat di Sandakan hingga Tawau. Ada 1 lagi lawan kpd Kuih Kacipo ni iaitu Kacang Hai (tradisi Bugis) , yg ni pun sedap ni
    Dan yg Barobbo tu juga banyak di area Sandakan hingga ke Tawau
    Tahniah utk entri seperti ini...syabas

    ReplyDelete

Happy Apple