Tuesday, September 13, 2016

Makanan Tradisional Negeri Sarawak


1. Laksa Sarawak


Laksa Sarawak merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak sangat berbeza dengan laksa-laksa lain di Semenanjung.Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.

2. Mee kolok


Mee kolok merupakan mee yang popular di Sarawak.Mee ini juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap.Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

3. Mee dawai


Mee dawai merupakan mee yang banyak terdapat di Kuching. Penduduk di Sarawak sendiri sangat menggemari mee dawai ini walaupun tidak ramai penduduk luar Sarawak yang tahu mee ini. Mee dawai rasanya keras dan rangup. Rasanya amat berbeza dengan rasa mee yang lain.

4. Umai

Umai  merupakan makanan kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk Sarawak menggemari umai. Umai ini merupakan makanan mentah. Biasanya menggunakan ikan atau udang.Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Umai juga dicampur dengan bahan perasa yang lain.Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

5. Kek Lapis Sarawak


Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek ini sering dibakar untuk perayaan agama atau kebudayaan seperti Eid ul-Fitr, Krismas, Deepavali, hari jadi dan majlis perkahwinan. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak.Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Kek lapis Sarawak menjadi pilihan pelancong apabila datang ke Sarawak.

6. Manok pansoh


Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak. Manok pansoh adalah  ayam yang dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu. Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh.


7.Tebaloi


Tebaloi merupakan salah satu makanan ringan tradisional Sarawak. Tebaloi telah diproses dalam pelbagai rasa serta diproses secara tradisional. Tebaloi dibuat oleh tepung sagu, kelapa parut segar dan gula. Adunan tadi di bakar diletakkan atas daun pisang. Perisa Tebaloi boleh di dapati dalam rasa stawberri, coklat, pandan dan rasa biasa. Pembungkusan dan pembahagian yang menarik telah diperkenalkan untuk menarik minat pengemar makanan tersebut.


8. Ikan Terubuk


Ikan Terubuk Sarawak merupakan salah satu produk terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak.Para pelancong terutamanya dari Semenanjun pasti akan membelinya sebagai ole-ole sebelum meninggalkan Kuching kerana Ikan Terubuk amat menyelerakan apabila digoreng dan dicecah kuah asam. Ikan ini sangat sedap kalau dimakan dengan nasi yang panas-panas. Walaupun ikan terubuk mempunyai tulang yang banyak tetapi digemari oleh banyak orang.




No comments:

Post a Comment

Happy Apple