1. Yee Sang

Yusheng, yee
sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang
biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang
bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan
ramuan-ramuan lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi
"ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan,
kemakmuran dan kesuburan.
2. Kuih Bakul
Kuih Bakul
atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Secara tradisi, kuih ini paling
laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini
berbunyi sama seperti perkataan 高(gāo)
bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "setahun lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan".
3. Zongzi
Zongzi ialah makanan tradisional Cina yang
diperbuat daripada beras pulut disumbat dengan inti yang berbeza dan dibungkus
dalam buluh atau daun lain-lain. Makanan ini dimasak dengan cara mengukus atau mendidih.
Di negara barat, Zongzi dikenali sebagai ladu beras, atau ladu pulut.
4.TangYuan
Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air
untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang
mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi,
tangyuan dimakan ketika perayaan Chap Goh Meh iaitu hari terakhir Tahun
Baru Cina.
5.Kuih Bulan
Kuih bulan ialah kuih tradisional Cina. Kuih ini dimakan semasa
Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta tersebut adalah bagi sembahyang qamari
dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting
pada peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara rakan-rakan atau kepada
perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta.
6.JiaoZi
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi
orang China, khususnya orang China utara. Pada masa dahulu, apabila orang China
berkumpul, mereka akan makan Jiaozi yang merupakan makanan utama. Lebih-lebih
lagi ketika meraikan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada
tengah malam sebelum masuknya ke Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan
Jiaozi menandakan satu tahun sudah berlalu dan tahun baru telah tiba.
7.Dim Sum
Dim Sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan
hidangan ringan lingkungan luas dan dihidang bersama teh Cina.Hidangan dim sum
disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan
sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya
dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah
keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti
Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.
8.Yi Mien
Yi mein ialah mi telur Kantonis yang diperbuat daripada
tepung gandum. Mi ini terkenal dengan warna kuning keemasan dan kekenyalan yang
merupakan ciri-ciri istimewanya. Tekstur sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah
disebabkan oleh air soda yang digunakan dalam membuat doh dan kemudian digoreng
serta dikeringkan.Apabila Yi mein dimakan pada Hari Jadi, Mi ini biasanya
dirujuk sebagai mi Longevity atau Sau mein (寿面). Perkataan
Cina untuk "panjang" (长寿面) juga ditambah sebagai awalan untuk mewakili
"sepanjang hayat".
What
ReplyDeleteizinkan saya untuk guna sebagai rujukan projek universiti.Terima kasih.
ReplyDelete